NEW YORK: Satu kajian terbaru mendakwa hilang pendengaran secara tiba-tiba sebagai petanda awal individu itu bakal diserang angin ahmar atau strok.
Penyelidik Universiti Perubatan Taipei, Dr Herng Ching Lin dan rakannya membuat rumusan itu berdasarkan kajian ke atas 1,423 pesakit dewasa yang dimasukkan ke hospital pada 1998.
Pesakit terbabit didapati mengalami petanda awal seperti hilang pendengaran secara tiba-tiba. Mereka juga kemungkinan menghidap masalah tekanan darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi.
Malah, bagi purata tempoh lima tahun seterusnya, 180 pesakit atau 13 peratus mereka yang hilang pendengaran dan 441 pesakit lain, terbukti diserang angin ahmar.
Di kalangan mereka, 12 peratus mengalami strok dalam masa tiga bulan dengan 31 peratus berlaku pada tahun pertama dan 51 peratus lagi pada tahun kedua.
Kajian penyelidik Taipei itu yang akan muncul dalam isu terbaru jurnal Stroke, Oktober ini disiarkan di internet, semalam.
Lin dan rakannya mengesyorkan mereka yang menjadi pekak secara tiba-tiba, khususnya yang menghidap masalah jantung atau pesakit warga tua, segera berjumpa doktor. - Reuters
bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan