KUALA LUMPUR - Berhati-hati apabila anda didatangi seseorang yang mendakwa kononnya dia wakil dari sesebuah bank yang kemudiannya meminta kad kredit yang baru diterima oleh mana-mana mangsa dengan alasan kad kredit tersebut telah dijangkiti virus.Ini kerana, selain tidak memulangkannya semula kad kredit tersebut, duit dalam kad itu juga telah habis digunakan.
Modus operandi suspek amat mudah apabila seorang lelaki akan muncul di rumah mangsa-mangsa yang baru menerima kad kredit dan meminta kad kredit tersebut.
Alasan suspek kad kredit yang telah dijangkiti virus perlu dibaik pulih di ibu pejabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan