Selasa, 17 Jun 2008

AirAsia bayar RM200 jika lewat

KUALA LUMPUR - Mana-mana penumpang syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) yang menghadapi kelewatan penerbangan lebih daripada tiga jam kini akan menerima 'e-gift' baucar sebanyak RM200 bermula semalam (16 Jun 2008).

Perkhidmatan terbaru yang dikenali sebagai 'Jaminan Tepat Masa AirAsia' itu adalah antara langkah pertama AirAsia ke arah memastikan kualiti perkhidmatan bertaraf lima bintang kepada para penumpangnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tony Fernandes berkata, melalui pemberian baucar itu, ia diharap dapat memberi jaminan perkhidmatan terbaik kepada para penumpangnya.

"Saya rasakan perkhidmatan ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia. Sudah tiba masanya jika kita (AirAsia) tak menepati masa, kita akan memberikan wang kepada para pelanggan.

"Pada masa akan datang saya berharap kami dapat memberikan baucer ini sekiranya kami lewat hanya selama satu jam," katanya semasa ditemui pada sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan