Peningkatan kos sara hidup makin @ telah melonjak dengan begitu ketara sekarang ini ( dunia makin kepenghujun hayat ). Masa itu nanti di malaysia harga minyak berapa perliter?, dengan harga sekarang pun, banyak masaalah telah timbul, tak tahulah aku nanti apabila harga meningkat berkali ganda daripada sekarang,
Iran jangka minyak naik AS$200 setong
TEHERAN 8 Mei – Menteri Minyak Iran, Gholam Hossein Nozar menjangkakan harga minyak akan naik sehingga AS$200 setong (RM642 setong) tidak lama lagi, menurut laporan agensi berita IRNA.
Harga minyak telah mencatatkan paras baru tertinggi menghampiri AS$124 setong (RM398.04 setong) pada minggu ini.
‘‘Tidak lama lagi kita akan menyaksikan kenaikan harga minyak pada paras AS$200,’’ katanya.
Beliau berkata, kenaikan harga minyak itu berpunca daripada kesukaran bagi pengeluaran minyak di Nigeria, selain kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding mata wang-mata wang lain.
“Sebenarnya harga minyak tidak mahal tetapi dolar AS yang lemah,’’ katanya.
Iran adalah pengeluar minyak kedua terbesar di dunia. – AP
source - utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan