Isnin, 12 Mei 2008

Makanan ringan Vs kanak-kanak

masih lagi berlaku, mengapa ibu-bapa dan masyarakat tidak prihatin dan mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku sebelum ini, telah banyak kes-kes seperti ini telah berlaku di dalam negara dan di luar negara. Tolonglah perhati dengan pemakanan ringan kanak-kanak.


Mati tercekik agar-agar


SETIU 11 Mei - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik sejenis agar-agar di rumahnya di Kampung Seri Bangun, Sungai Tong dekat sini semalam.

Mangsa, Nor Akidah Yaacob meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Kecil Seri Langkap di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurut bapa mangsa, Yaacob Jusoh, 37, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika mangsa bersama dua adiknya sedang makan agar-agar itu di rumah.

Dia yang bekerja sebagai petani berkata, semasa kejadian, hanya isterinya, Kamariah Na Ngah, 35, berada di rumah kerana dia pergi memancing ikan di sebuah sungai tidak jauh dari kampung itu.

"Saya bergegas pulang ke rumah kira-kira pukul 12 tengah hari selepas dimaklumkan oleh seorang jiran mengenai kejadian itu.

"Isteri saya, Kamariah memberitahu dia melihat anak keempat daripada lima beradik itu sesak nafas selepas memakan agar-agar itu," katanya ketika ditemui di Hospital Setiu (HS) di sini malam tadi.

Dia menambah, Nor Akidah segera dihantar ke pusat kesihatan tersebut namun meninggal dunia dalam perjalanan ke sana.

Nor Akidah tercekik makanan ringan itu kerana dipercayai plastik pembalut agar-agar itu tidak dibuang atau dikoyak sebelum dimakan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritenden Ghazali Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati kematian Nor Akidah maut selepas sesak nafas akibat tercekik. - utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan