LONDON – Lelaki muda yang gemar menelan pil Viagra untuk meningkatkan prestasi seks boleh menjejaskan kemampuan mereka untuk memperoleh anak, lapor sebuah akhbar semalam.Akhbar The Observer melaporkan bahawa beberapa penyelidik di Universiti Queen di Belfast mendapati Viagra merosakkan tahap kesuburan seseorang lelaki sekiranya pil itu digunakan secara kerap.
Seorang penyelidik, Dr. David Glenn memberitahu, ada pil Viagra dicampur dengan kokain dan dijual di kelab-kelab malam.
Selain itu, kajian yang sama turut dilakukan terhadap tikus menunjukkan haiwan yang diberikan Viagra itu menghasilkan telur yang lebih sedikit iaitu hanya 40 peratus. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan