Jumaat, 1 Februari 2008

TAN 1 RM200,000, JJJ 1 RM168,000, TAS 1?

JERTIH: Setelah meraih rekod RM200,000 daripada penjualan nombor pendaftaran TAN 1, Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu menjangkakan plat TAS, yang akan dibuka untuk ditender pada Mac ini, akan juga mendapat bidaan pada harga tinggi.

Pengarah JPJ Terengganu Fauzi Haron berkata nombor yang dijangka menjadi rebutan ialah TAS 1 hingga TAS 10 yang harganya boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Nombor pendaftaran TAN 1, yang dibeli oleh seorang usahawan di Terengganu awal tahun lepas, merupakan jumlah tertinggi pernah dibayar di seluruh negara setakat ini, mengatasi JJJ 1 yang dijual pada harga RM168,000 sebelumnya.

Fauzi, yang ditemui pada majlis JPJ Bersama Rakyat peringkat daerah Besut yang disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh di Kampung Bukit Puteri di sini hari ini, berkata bahawa pada masa ini JPJ Terengganu masih membuka tender bagi nombor pendaftaran TAR 1 hingga TAR 1000.

Menurutnya setakat ini, TAR 1 ditender pada harga RM56,000, TAR 2 (RM40,000) dan TAR 10 (RM11,000). - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan