TOKYO - Jepun semalam melancarkan satelit komunikasi eksperimen dalam usahanya memastikan akses internet berkelajuan tinggi di bahagian pedalaman negara itu dan di Asia.Gambar : ROKET H-2A yang membawa satelit KIZUNA dilancarkan di Pulau Tanegashima, Jepun semalam.
Satelit komunikasi KIZUNA yang bermaksud angin dilancar menggunakan roket H-2A di Pulau Tanegashima pada pukul 5.55 petang waktu tempatan.
Pelancaran itu tergendala sebentar berikutan sebuah kapal tersasar lalu memasuki perairan yang menjadi kawasan larangan.
KIZUNA dilengkapi tiga antena yang menghadap Jepun, Asia Tenggara dan wilayah Pasifik.
Para saintis Jepun berkata, pelancaran KIZUNA yang menelan kos sebanyak AS$490 juta (RM1.6 bilion) itu akan membantu Jepun dalam membina jaringan telekomunikasi dan maklumat termaju.
Jurucakap Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata, pelancaran satelit itu akan membantu membangunkan masyarakat yang boleh menggunakan internet di mana sahaja.
"Infrastruktur di bumi tidak akan mampu menahan gempa bumi yang kuat dan bahagian pendalaman juga tidak mempunyai jaringan kabel fiber optik. Satelit ini akan banyak membantu," katanya. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan