7 Mac cuti sekolah PUTRAJAYA 21 Feb. - Kementerian Pelajaran mengumumkan cuti sekolah pada 7 Mac ini bagi membolehkan segala urusan persediaan berkaitan pilihan raya umum berjalan lancar terutama di 2,262 buah sekolah yang menjadi pusat pengundian pada 8 Mac ini.
Semak undian melalui SMSKUALA LUMPUR 21 Feb. - Orang ramai boleh menyemak butir diri masing-masing untuk urusan pengundian melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula esok.
PUTRAJAYA 21 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan para pengundi supaya tidak mengecat kuku pada hari pengundian 8 Mac ini bagi memudahkan petugas mencalitkan dakwat pada kuku jari mereka.
Utusan Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan