Ketua Polis daerah Melaka Tengah ACP Johari Yahya berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di stesen Melaka Sentral kirakira 1 tengah hari.
"Sebelum itu, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai lelaki yang dikehendaki itu yang tersiar di akhbarakhbar hari ini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.
Berdasarkan maklumat itu, katanya Ketua Balai Melaka Tengah Cif Insp V.Gunasegaran bersama empat anggota berjaya menahan lelaki itu serta menemui daripadanya sekeping tiket untuk perjalanan ke Mersing, Johor.
"Lelaki itu mengaku kepada kami bahawa dia adalah lelaki yang diburu berkaitan kes penculikan kanakkanak perempuan itu," katanya.
Beliau berkata lelaki itu akan diserahkan kepada polis Seberang Perai Utara, Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.
Laporan akhbar hari ini menyebut polis sedang menjejaki lelaki warga Bangladesh berikutan percubaan menculik seorang kanakkanak perempuan Khamis lepas.
Bagaimanapun, kanakkanak itu berjaya memperdaya lelaki terbabit dan melepaskan diri sewaktu berada di stesen bas Buttterworth. - Bernama
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan