Jumaat, 25 Januari 2008

Tekanan kerja boleh bawa maut

LONDON: Kajian yang menunjukkan bukti kukuh bagaimana tekanan akibat bekerja meningkatkan risiko pada jantung dengan mengganggu sistem dalaman tubuh mendapati keadaan itu memang boleh membunuh.

Kajian membabitkan lebih 10,000 kakitangan awam Britain juga menunjukkan perubahan biologi yang berlaku berikutan tekanan memainkan peranan penting secara langsung berbanding yang disangka sebelum ini, kata pakar epidemiologi di Kolej Universiti London, Tarani Chandola.

"Ini adalah kajian populasi pada skala besar pertama yang melihat kesan tekanan yang diukur daripada kehidupan bekerja setiap hari ke atas penyakit jantung. Salah satu masalah ialah orang ramai masih ragu bahawa tekanan kerja benar-benar memberi kesan kepada seseorang secara biologi," katanya yang mengetuai kajian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan