Selasa, 22 Januari 2008

Singapura tarik RM22.8 bilion pelaburan 2007

SINGAPURA 21 Jan – Singapura menarik lebih RM22.8 bilion komitmen dalam pelaburan aset tetap (FAI) pada tahun lepas, kata Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB), hari ini.

EDB dalam satu kenyataan berkata, hampir 400 projek diperolehi pada tahun lepas dan ia dijangka mewujudkan 28,600 peluang pekerjaan baru serta menambah RM26.4 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) republik itu apabila dilaksanakan sepenuhnya.

Ia berkata, pelaburan 2007 yang meliputi aktiviti-aktiviti berintensif modal, pengetahuan dan inovasi amat ketara kerana kualitinya.

Daripada sejumlah 28,600 pekerjaan yang diwujudkan, kebanyakannya ialah dalam bidang kejuruteraan, pengurusan, penyelidikan serta reka bentuk kreatif dan perindustrian, tambahnya.

EDB berkata, pelaburan itu mencerminkan keyakinan pelabur yang kukuh di Singapura dan turut mengiktiraf sektor pembuatan sebagai komponen penting untuk pertumbuhan ekonomi republik itu. – Bernama

.
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan