Sabtu, 19 Januari 2008

Pesawat terbabas 18 cedera

LONDON 18 Jan. - Sebuah pesawat British Airways terhempas dan terbabas semasa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London, semalam menyebabkan 18 orang cedera serta mengakibatkan penangguhan dan pembatalan penerbangan.












Pesawat pengangkut Boeing 777 mengalami kerosakan teruk di bawah badan pesawat dengan rodanya tercabut dan enjinnya terdedah.

Rakaman televisyen menunjukkan badan pesawat Penerbangan BA38 dari Beijing bersama-sama 136 penumpang dan 16 anak kapal terseret di atas landasan dan rumput di penghujung landasan dan laporan mengenai nahas akan diketahui selepas 48 jam. – AFP
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan