
Majistret Azrol Abdullah membenarkan permohonan itu bagi membantu siasatan polis terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol.
Lelaki berumur 31 tahun itu ditahan di sebuah bangunan terbiar berhampiran Menara Marinara di Jalan Tun Razak di sini, kira-kira 10 pagi.
Sabtu lepas, polis menahan seorang lelaki berumur 43 tahun dari Jalan Chow Kit bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.
Nurin, 8, dijumpai dibunuh dan mayatnya ditemui dalam sebuah beg sukan berhampiran sebuah bangunan kedai di Petaling Utama, Petaling Jaya, pada 17 Sept tahun lepas.
Dia didera secara seksual oleh penyerangnya, dan Bukit Aman segera menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memburu pembunuhnya. - (Bernama)
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan