SINGAPURA, 22 Jan. - Orang Islam di Singapura akan menjadi penderma organ secara automatik berikutan pindaan undang-undang terhadap Akta Pemindahan Organ Manusia yang akan berkuat kuasa mulai Ogos ini.Pindaan itu yang diluluskan oleh Parlimen Singapura yang bersidang semalam bagaimanapun membenarkan mereka menarik diri daripada menjadi penderma jika mereka memilih berbuat demikian.Dengan pindaan undang-undang itu yang telah digubal 20 tahun lalu, orang Islam di negara ini akan menderma organ mereka seperti ginjal, hati, jantung dan kornea mata kepada pesakit yang memerlukannya apabila sahaja mereka meninggal dunia.Berikutan pindaan itu juga, kerajaan Singapura akan mengedarkan 300,000 bahan penerangan mengenai undang-undang tersebut kepada penduduk asal dan tetapnya yang beragama Islam dalam lingkungan usia antara 12 dan 60 tahun bulan depan.Pada masa ini terdapat kita-kita 16,000 orang Islam yang telah berjanji untuk mendermakan organ mereka setelah meninggal dunia.Di bawah pindaan itu juga Kementerian Kesihatan Singapura diberi kuasa untuk menyiasat sebarang kesalahan berkaitan perniagaan darah dan organ yang sebelum ini kuasa tersebut hanya diberikan kepada pihak polis. - Bernama..Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan