PEMBUAT telefon bimbit terbesar dunia, Nokia Inc, menutup kilang pengeluaran nya di Jerman dan pejabat di Bochum Jun tahun ini (2008).Penutupan kilang itu mengakibatkan kira-kira 2,300 pekerja kehilangan pekerjaan dan syarikat itu akan mengalih operasi ke negara Eropah.
Menurut sumber syarikat itu yang dipetik dari laman web Telecom.com, operasi di Jerman itu dihentikan kerana kos operasi terlalu mahal.
Naib Presiden Eksekutifnya, Veli Sundback, berkata "pengeluaran peranti mudah alih di Jerman tidak sesuai untuk Nokia,” katanya.
“Walaupun keputusan itu berat diambil, ia tidak mampu memenuhi keperluan kecekapan kos global, begitu juga untuk pertumbuhan kapasiti yang fleksibel,” katanya.
Dalam pada itu, syarikat Finland itu juga dalam perundingan dengan Sasken Technologies untuk menjual unit penyelidikan dan pembangunannya (R&D).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan