PETALING JAYA: Polis percaya Sharlinie Mohd Nashar, 5, kanak-kanak perempuan yang hilang selepas keluar bermain berhampiran rumahnya, di Taman Medan, di sini, sejak 9 Januari lalu, masih berada dalam negara berikutan tiada petunjuk atau bukti menunjukkan kanak-kanak itu dibawa keluar dari negara ini.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata polis menerima banyak maklumat mengenai kedudukan terkini Sharlinie, termasuk khabar angin menyatakan kanak-kanak itu sudah terlepas dari sempadan negara ini.
“Setakat ini, tiada sebarang petunjuk yang boleh mengesahkan perkara itu dan polis juga sentiasa mengawal pergerakan keluar masuk di sempadan untuk memastikan ia tidak berlaku,” katanya ketika ditemui, di pejabatnya di sini, semalam.
Arjunaidi berkata, polis bagaimanapun tidak memandang remeh mengenai maklumat seperti itu dan tetap menjalankan siasatan mengenainya.
“Kita tetap jalankan siasatan walaupun banyak daripada maklumat diterima adalah maklumat palsu,” katanya.
Awal pagi kelmarin, polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di Bagan Serai, Perak, kerana membuat pelbagai tuntutan termasuk wang tunai RM5,000 daripada keluarga Sharlinie untuk memberi maklumat mengenai kanak-kanak itu.
Dalam serbuan jam 6.30 pagi itu, polis menahan pelajar Tingkatan Empat itu di rumahnya selepas menerima laporan daripada bapa Sharlinie mengenai tuntutan itu.
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan