Semua kanak-kanak terbabit tampil sebagai saksi selepas polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada September tahun lalu.
Lelaki itu yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan berkenaan, ditahan jam 10 pagi semalam selepas polis menerima maklumat yang mengatakan wajahnya seiras dengan lakaran wajah fotofit yang diedarkan sebelum ini.
Polis memanggil semua kanak-kanak yang pernah dikaitkan dengan kes penculikan dan cabul sebelum ini sebagai saksi dan dibawa ke bangunan kosong terbabit untuk membuat pengecaman.
Lima kanak-kanak berkenaan yang diiringi ahli keluarga dan anggota polis memasuki kawasan bangunan kosong itu jam 3.40 petang sebelum keluar 10 minit kemudian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata semua kanak-kanak perempuan terbabit dibawa untuk membuat pengecaman ke kawasan berkenaan selepas penahan seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan di bangunan kosong dua tingkat itu.
“Proses pengecaman ini prosedur siasatan biasa yang dilakukan polis dan mereka (kanak-kanak ini) dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan.
“Namun, semua mereka tidak dapat mengecam tempat itu dan polis akan meneruskan siasatan lanjut,” katanya. -myMetro
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan