Selasa, 15 Januari 2008

Jangan mudah beri maklumat kad kredit

KUALA LUMPUROrang ramai diingatkan supaya jangan terlalu mudah memberikan maklumat kad kredit mereka kepada orang tidak dikenali yang menelefon dan menawarkan hadiah tertentu bagi mengelakkan kad kredit mereka disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pegawai Turus Unit Kad Kredit, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Supritendan Roslee Chik berkata, ini kerana terdapat kes penipuan kad kredit menggunakan maklumat yang diberikan oleh pemegang kad kredit kepada pemanggil yang menawarkan hadiah tertentu.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan ialah dengan menelefon orang ramai dan mengaku sebagai wakil syarikat tertentu atau hotel yang menawarkan tawaran dan hadiah istimewa menerusi kad kredit yang digunakan.

Mereka akan meminta nombor akaun kad kredit, nama tertera pada kad, tarikh luput kad dan tiga digit akhir kod keselamatan pada kad,’’ katanya kepada Radio 24 semalam.

Roslee berkata, maklumat yang diterima itu kemudian akan disalahgunakan untuk membuat pesanan barangan menerusi talian dan sebagainya.

Kalau betul pemanggil itu dari bank atau sebagainya, minta pengenalan diri mereka dan dari bank mana untuk pengesahan,’’ katanya.

Beliau berkata, sekiranya pemanggil tersebut enggan berbuat demikian, ini merupakan satu helah sindiket penipuan kad kredit yang cuba memperdaya orang ramai. – Bernama
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan