KUALA LUMPUR, 17 Jan, - Polis Diraja Malaysia telah meminta kerjasama Interpol bagi membantu menjejaki kanak-kanak hilang Sharlinie Mohd Nashar, 5.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC II Mazlan Mansor berkata semua anggota polis di pintu masuk di sempadan negara juga sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan usaha mengesan suspek serta kanak-kanak perempuan itu sedang giat dijalankan.
"Buat masa ini belum ada petunjuk baru. Polis berharap orang ramai dapat menggunakan talian bebas tol khas yang telah disediakan untuk menyalurkan sebarang maklumat yang dapat membantu siasatan," katanya selepas majlis penyerahan balai polis bergerak Kota Damansara sumbangan syarikat perniagaan Shahira Maju Sdn Bhd kepada PDRM di sini, Khamis.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengumumkan talian bebas tol khas 1800-88-LINI (5464) sebagai saluran utama bagi menerima maklumat dari orang ramai berhubung kehilangan Sharlinie.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar pula berkata polis sudah memeriksa rumah-rumah kosong di sekitar Lembah Klang namun tiada sebarang petunjuk dijumpai.
"Tapi polis percaya mangsa dan suspek masih berada dalam negara ini," katanya.
Sharlinie dilaporkan hilang pada 9 Jan lalu ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya. - Bernama
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan