Selasa, 29 Januari 2008

Internet Jadi Media Pilihan Cari Hartanah

KUALA LUMPUR, 29 Jan. - Rakyat Malaysia kini mengutamakan penggunaan Internet untuk mencari hartanah pilihan masing-masing.



Satu kajian laman web hartanah iProperty.com menunjukkan 50 peratus dari responden menggunakan laman web sebagai media pertama mencari hartanah pilihan masing-masing.



Kajian itu juga menunjukkan "sehingga 86 peratus menggunakannya untuk mencari hartanah yang hendak dijual," kata iProperty.com, dalam satu kenyataan di sini hari ini.



"Seperti rakan asing mereka, mereka menggunakan internet secara meluas bagi pelbagai tujuan lain: penyelidikan trend pasaran harta (55 peratus), membaca berita hartanah (51), menyelidiki pemaju (49), penyelidikan opsyen pembiayaan (32) dan membuat carian agen hartanah (19)."



Mereka menyatakan Internet diutamakan kerana kepantasan dan kemudahan (82 peratus), 24x7 mudah dicari (70), boleh melihat melalui gambar (63), cara terbaik mendapat perkembangan harta terbaru untuk dijual (54) dan lebih banyak pilihan (44), katanya.



"Sebanyak 15 peratus menyatakan ia kerana mereka berada di seberang laut, yang menunjukkan ramai rakyat Malaysia tinggal di seberang laut menggunakan Internet untuk mencari harta di dalam negara," kata gerbang itu. - Bernama





Tiada ulasan:

Catat Ulasan