KUALA LUMPUR 17 Jan. – Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan buat sementara had laju di jalan-jalan Persekutuan di seluruh negara daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j berkuat kuasa 31 Januari ini.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, penguatkuasaan had laju itu akan dilaksanakan sehingga 14 Februari depan bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sempena cuti panjang Tahun Baru Cina.
Kata Samy, beliau telah menandatangani gazet berhubung peraturan sementara itu semalam selaras dengan Sub Seksyen 69 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan kerja-kerja pemasangan papan tanda pemberitahuan had laju sementara itu di jalan-jalan tersebut. - utusan
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan