Isnin, 21 Januari 2008

Gwo Burne sahkan rakam perbualan Lingam

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Loh Gwo Burne (gambar) yang memberi keterangan sebagai saksi ke-12 di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja pagi ini mengesahkan dia yang merakamkan perbualan telefon Datuk V.K. Lingam pada 20 Disember 2001.

Gwo Burne, 33, yang bergegas pulang dari Shanghai, China untuk membantu siasatan klip video Lingam dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim memberitahu dia turut merakamkan perbualan bapanya, Loh Mui Fah dengan Lingam.

Katanya, semasa kunjungan ke rumah Lingam, dia membawa kamera Sony 707.

Menurutnya, Lingam juga tidak berlakon ketika berbual kerana dia dapat mendengar suara lelaki di talian sedang berbual dengan peguam itu. - oleh NOR ZAINAH NORDIN (utusan)
.
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan