Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II Ku Chin Wah berkata pengawal keselamatan berusia 32 tahun yang ditahan di tempat kerjanya di sebuah bangunan kosong di Jalan Tun Razak, Ahad lalu dibebaskan semalam.
Ku ketika dihubungi berkata pengawal keselamatan itu yang sebelum ini dikatakan mirip fotofit wajah suspek kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, tahun lepas. akan diserahkan kepada Jabatan Narkotik bagi menjalani ujian dadah.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pula mengesahkan seorang lagi suspek yang ditahan di Lorong Haji Taib sehari sebelum itu dibebaskan tanpa syarat oleh Mahkamah Majistret Kuala lumpur petang semalam.
Sementara itu, pembantu rumah warga Indonesia yang ditahan polis berhubung kes penculikan Sharlinie Mohd Nashar, ditahan semula sebaik polis melepaskannya seketika, kerana disyaki terlibat menyebarkan maklumat berunsurkan ancaman jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Mazlan Mansor berkata wanita itu yang ditahan pada 13 Jan lalu, pada mulanya dibebaskan pada pukul 5 petang semalam kerana didapati tidak kaitan dengan siasatan kes itu.
Dia ditahan semula kerana disyaki menyebarkan ancaman jenayah menerusi SMS, katanya.
"Siasatan akan dijalankan di bawah Akta 507 kerana hasil pemeriksaan mendapati intipati SMS adalah berunsurkan ancaman jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sharlinie, 5, dilaporkan hilang pada 9 Jan lalu semasa bermain bersama kakaknya di taman permainan berdekatan rumahnya di Taman Medan. - (bernama)
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan