SEORANG kakitangan Jabatan Kesihatan memeriksa tempat simpanan ramuan belacan yang kotor dan berulat di sebuah kilang di Melaka semalam.Ini kerana sebuah kilang memproses cencaluk dan belacan di Taman Merdeka di sini didapati memasarkan barangan tersebut menggunakan logo halal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara haram.
Lebih memeranjatkan, kilang itu yang beroperasi sejak dua tahun lalu, pernah diserbu pada awal tahun lepas atas kesalahan yang sama.
Mujurlah pihak penguat kuasa peka atas perbuatan pengusaha kilang yang tidak serik itu dan menyerbunya buat kali kedua semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIM, Shafiee Abd. Wahab berkata, kilang tersebut tidak pernah memohon untuk mendapatkan sijil halal daripada JAIM atau Jakim.
Selain cencaluk dan belacan, menurut Shafiee, terdapat lebih daripada 10 produk lain seperti budu, gula-gula, coklat dan kek durian keluaran kilang itu juga didapati menggunakan logo halal haram.
"Produk keluaran kilang yang menggunakan logo halal haram ini dipercayai dipasarkan di sekitar Melaka dan Singapura," katanya.
Serbuan bersepadu pihak JAIM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Jabatan Kesihatan itu j merampas sejumlah 600 unit belacan, cencaluk dan lain-lain produk kerana mempunyai pelekat logo halal JAIM. - Oleh ROSLI HASSAN (Kosmo!)
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan