
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tarikh baru itu dipilih kerana bulan puasa tahun ini jatuh pada awal September.
Katanya, berikutan perubahan itu majlis konsultasi bajet akan diadakan lebih awal iaitu dalam beberapa bulan akan datang.
“Tiap-tiap tahun biasanya bajet dibentangkan pada hari Jumaat minggu keempat Oktober tetapi oleh kerana bulan puasa, kita bawa ke hadapan tarikhnya,” kata beliau kepada pemberita selepas berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, dan Datuk Dr. Ng Yen YenDatuk Dr. Awang Adek Hussin.
Bajet 2008 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 7 September tahun lalu.
Idea
Nor Mohamed berkata, tarikh pembentangan Bajet 2010 akan kembali kepada tarikh asal pada minggu keempat Oktober.
Ditanya sama ada kerajaan mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan pembentangan Bajet 2009 yang akan diadakan lapan bulan lagi, beliau berkata:
“Kita sudah ada semua idea dalam fikiran, cuma hendak meletakkannya.
“Sudah tentulah jika masanya lebih panjang, lebih baik tetapi kita boleh lakukan, ia akan berjalan dengan baik.”
Beliau menambah, semua program bagi melaksanakan majlis konsultasi bajet telah diatur dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
“Kita juga akan pastikan tidak ada program bertindih,” katanya.
Nor Mohamed menambah, kerajaan akan terus mengurangkan kadar defisit serta mengekalkan perbelanjaan, menyediakan infrastruktur dan pembangunan projek bagi mewujudkan persekitaran lebih kondusif kepada sektor swasta dan pelabur asing.
Beliau berkata, sasaran kerajaan mengurangkan kadar defisit daripada 3.2 peratus tahun lalu kepada tiga peratus tahun ini masih diusahakan.
“Ini menunjukkan kita berupaya memperoleh pendapatan baik dan cekap terutamanya dalam kutipan cukai,” katanya.
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan