KUALA LUMPUR, 30 Jan. - Airbus akan menampilkan pesawat A380, yang akan mengambil bahagian dalam jadual penerbangan harian dan dipamerkan di kawasan pameran statik, pada Pertunjukan Udara Singapura dari 19 hingga 24 Februari ini.Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Airbus berkata pengunjung ke pertunjukan itu akan mengetahui lebih banyak mengenai keseluruhan rangkaian produk Airbus di gerai syarikat induknya, EADS, yang terletak di dewan utama Pusat Pameran Changi.
Pameran itu akan menampilkan replika model A380, A350 dan A320, kata syarikat itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan