Ketujuh-tujuh judul buku itu ialah Tajul Muluk; Fiqh Perempuan; Tasawuf Perenial Kearifan Kritis Kaum Sufi; Kumpulan Ilmu Ghaib; The Muslim Jesus: Kisah dan Sabda Yesus dalam Literatur Islam; Penyembuhan Cara Sufi dan Kitab Kaysf Al-Asrar.
Menurut kenyataan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks AlQuran kementerian itu, pewartaan Perintah Larangan itu adalah menurut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Katanya menurut seksyen 8(2) Akta yang sama adalah menjadi kesalahan sekiranya manamana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan larangan yang dilarang.
Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau keduaduanya sekali.
Sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam dan seterusnya boleh memudaratkan ketenteraman awam, kata kenyataan itu. - Bernama
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan