Selasa, 13 November 2007

Tiada slot sesuai, pelancaran RazakSat ditangguh

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pelancaran RazakSat, satelit mikroorbit rendah kedua Malaysia, yang dijadualkan penghujung tahun ini dari Kwajalein di Kepulauan Marshall di Pasifik, ditangguhkan ke tahun depan.

Pelancaran satelit itu dijadualkan semula setelah Space Exploration Technology (SpaceX) Amerika Syarikat, syarikat yang ditauliahkan oleh Malaysia untuk melepaskan satelit itu ke angkasa lepas, tidak dapat menetapkan slot yang sesuai bagi pelancaran hujung tahun ini.

Penangguhan tidak dapat dielakkan. Kini kami berharap RazakSat dapat dilancarkan pada suku pertama tahun depan,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha kepada pemberita selepas merasmikan persidangan ke-28 “Asian Conference on Remote Sensing”, di sini hari ini.

Satelit mikro pertama, TiongSat 1, dilancarkan pada 26 Sept 2000, di samping tiga satelit komunikasi milik swasta, Binariang Satellite System Sdn Bhd - Measat 1; Measat 2; dan Measat 3, masing-masing dilepaskan ke orbit antara 1996 dan 2006.

Semakan di laman web SpaceX mendedahkan RazakSat bernilai RM127 juta itu mampu menangkap imej aerial bumi pada resolusi 2.5-meter atau lebih tinggi, diberi slot pelancarannya pada suku pertama 2008 menggunakan roket Falcon 1 milik syarikat itu.

RazakSAT mempunyai jangka hayat tiga tahun sebaik saja ia dilepaskkan di orbit, tempoh operasi biasa bagi sesebuah satelit orbit rendah. - Bernama



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan