Laporan The Telegraph menyebut, penyelidik mengkaji rekod kesihatan berpuluh-puluh orang yang hidup melebihi satu abad mencari punca mereka berumur panjang.
Mereka mendapati, memakan tidak terlalu banyak tetapi juga tidak terlalu sedikit, adalah kunci hidup lama selain memiliki lebih empat anak menjelang usia 30 tahun dan bekerja di ladang.
"Kajian memberikan anggaran pertama ketinggian, binaan tubuh dan perwatakan penting lain bagi golongan yang bakal hidup sehingga 100 tahun akan datang," kata pasangan suami isteri, Leonid dan Natalia Gavrilov, dari Pusat Usia di Universiti Chicago.
Pasangan itu akan mendedahkan hasil kajian mereka kepada mesyuarat Persatuan Kaji Usia Amerika di San Francisco minggu depan. - Agensi
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan