Beliau berkata perbelanjaan itu kian meningkat kerana semakin ramai remaja turut ketagihan rokok.
Mengikut kajian Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, jumlah perokok di Malaysia dijangka meningkat kepada 3.8 juta pada 2015 dan lebih 4 juta menjelang 2020, katanya ketika mempromosikan talian khas "Berhenti Merokok" di sini hari ini.
Lee berkata kajian itu juga mendapati satu daripada dua lelaki berumur 25 hingga 64 tahun di negara ini adalah perokok.
"Sejumlah 274,000 perokok adalah wanita," katanya.
Talian maklumat khas itu yang dilancarkan awal tahun ini dengan menggunakan nombor 03-88834400 bertujuan memberikan bimbingan percuma kepada mereka yang ingin berhenti merokok. - Bernama
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan