![]() |
|
Semua warga asing berusia 16 tahun ke atas termasuk penduduk lama perlu berbuat demikian. Pengecualian hanya diberikan kepada diplomat, tetamu kerajaan dan penduduk tetap seperti warga Korea yang tinggal di Jepun sejak bertahun-tahun lagi.
Seorang pegawai berkata, langkah-langkah keselamatan baru perlu dilaksanakan walaupun ia menyebabkan ketidakselesaan kepada pengunjung.
Cap jari dan gambar yang diambil akan diperiksa untuk membuat perbandingan dengan senarai pengganas warga asing yang tinggal di Jepun. Jepun merupakan negara kedua yang melaksanakan sistem tersebut selepas Amerika Syarikat, kata Pegawai Biro Imigresen, Takumi Sato.
Dia berkata, tiada masalah yang dihadapi selepas sistem itu diperkenalkan hari ini meskipun terdapat kritikan bahawa langkah itu menganggu hak peribadi warga asing. - AP
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan