Kilang Wangqi Product di Shenzhen bersempadan Hong Kong menghasilkan mainan berkenaan yang disadur dengan bahan kimia industri 1.4-butanediol, menurut kenyataan Pentadbiran Umum mengenai Pemantauan Mutu, Pemeriksaan dan Kuarantin, kelmarin.
Bahan berkenaan apabila dicampurkan dengan kimia 'gamma hidroxy butyrate' atau dikenali sebagai GHB, boleh menyebabkan kesukaran bernafas, tidak sedarkan diri, lemas, koma dan maut.
Berjuta-juta unit permainan kraf popular berkenaan dijual sebagai Aqua Dots di Amerika Syarikat dan Bindeez di Australia ditarik balik di negara itu minggu lalu selepas kanak-kanak yang menelan bahan terbabit jatuh sakit.
Permainan itu juga ditarik balik di Britain, Malaysia, Singapura dan negara lain.
Penarikan berkenaan adalah terbaru dalam skandal kualiti barangan yang menjejaskan imej China sebagai pengeksport pelbagai barangan.
Kerajaan negara itu cuba mengembalikan reputasi negara dengan meningkatkan pemeriksaan, mendenda beberapa syarikat dan melancarkan kempen meningkatkan kualiti produk. - AP
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan