Akhbar Daily Mail melaporkan, pakar pembedahan plastik berkata semakin ramai lelaki sedia membayar sehingga beratus-ratus pound untuk mendapatkan rawatan yang satu ketika dulu cuma digunakan wanita pada usia tertentu.
Di sesetengah klinik, peningkatan bilangan lelaki yang mendapatkan suntikan botox bertambah hampir satu pertiga tahun lalu saja. Rawatan itu, yang menelan belanja dari £200 (RM1,380), perlu diulang setiap empat bulan.
Suntikan likatan - gel yang boleh menghilangkan garis halus dan menebalkan bibir - dan pembedahan bibir kekal juga popular di kalangan lelaki yang mahu kelihatan muda tanpa perlu melakukan pembedahan.
Savina O'Neill dari Persekutuan Pembedahan Plastik London, yang menyaksikan bilangan lelaki mendapatkan rawatan botox dan serupa meningkat sekurang-kurangnya 30 peratus, berkata: "Sejak tahun lalu, kami menyaksikan peningkatan mendadak lelaki yang datang untuk mendapatkan rawatan tidak membabitkan pembedahan seperti botox.
"Langkah antipenuaan tidak lagi berada di bawah kawalan wanita - kebanyakan lelaki ini sedar dengan kepentingan jangka panjang langkah penjagaan kulit yang baik, dan menghargai sedikit bantuan luaran bila diperlukan."
Selebriti lelaki yang mendapatkan rawatan botox termasuk juri American Idol, Simon Cowell dan penyanyi Cliff Richard, manakala pada tahun 2003, pegawai tentera paling kanan Britain, Jeneral Sir Mike Jackson, 63, melakukan pembedahan membuang tanda hitam di bawah matanya. - Agensi
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan