Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan Fook Sing berkata jangkaan peningkatan kos itu berdasarkan kepada kenaikan harga bahan api serta bahan binaan lain secara berterusan.
"Peningkatan kos terutama bahan asas binaan seperti besi, simen, tar, keluli dan keperluan pengangkutan ekoran kenaikan harga minyak dan bahan api semakin dirasai oleh kontraktor dan pemaju perumahan," katanya.
"Oleh itu, corak penentuan harga jualan rumah pada masa ini sangat dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak dan bahan api dalam pasaran semasa dan kenaikan itu tidak dapat dielak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan mengenai "Kesan Pembangunan Infrastuktur kepada Bidang Hartanah di Pulau Pinang" pada Seminar Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER): Potensi Pulau Pinang, di sini hari ini.
Chan berkata pemaju tidak mempunyai pilihan selain meletakkan harga yang sesuai dengan kos yang terpaksa ditanggung bagi mengelak kerugian.
"Bulan ini atau bulan depan, harga bijih besi akan meningkat antara 20 hingga 40 peratus, harga minyak juga akan terus naik, begitu juga dengan harga simen," katanya.
Beliau berkata tahun ini, kos bahan-bahan tersebut meningkat kira-kira 10 peratus berbanding tahun lepas. - Bernama
> Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan