Kaji selidik oleh Unisys Security Index itu mendedahkan bahawa kegiatan mencuri pengenalan diri, penipuan kewangan dan jangkitan penyakit, merupakan tiga perkara yang paling membimbangkan mereka.
Naib Presiden dan Pengurus Besar Unisys Asia South, Scott Whyman berkata kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa satu lagi perkara yang menjadi kebimbangan utama rakyat negara ini ialah keselamatan penerbangan.
Katanya kaji selidik itu dibuat dari 15 hingga 30 Sept dan melibatkan 1,016 responden berusia antara 18 dan 64 tahun.
Beliau berkata kira-kira 78 peratus responden amat bimbang tentang kecurian pengenalan diri, 74 peratus tentang penipuan kewangan terutama perbuatan mencuri maklumat peribadi dalam kad kredit dan kad debit dan 72 peratus lagi tentang jangkitan wabak.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Whyman berkata kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa majoriti rakyat Malaysia menyokong langkah keselamatan lebih ketat yang dilaksanakan di lapangan terbang di negara ini dan di negara Asia lain.
"Rakyat Malaysia mempamerkan dengan jelas kesediaan mereka untuk melalui tapisan keselamatan yang lebih ketat, terutama berkaitan pemeriksaan pengenalan diri melalui kaedah biometrik dalam usaha menjadikan perjalanan melalui udara di rantau ini lebih selamat," katanya.
Beliau berkata kaji selidik itu menunjukkan bahawa 81 peratus responden menyokong langkah pemeriksaan rapi terhadap bagasi di semua lapangan terbang, 77 peratus menyokong pemeriksaan rapi dibuat terhadap semua barangan komersial dan kargo serta pelaksanaan sistem mengesan bagasi penumpang, manakala 69 peratus lagi berpendapat kawalan lebih ketat perlu dikenakan terhadap kenderaan serta orang ramai yang memasuki kawasan lapangan terbang. - Bernama
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan