Profesor Mar Hamilton, penyelidik Universiti Missouri mendakwa, berjuta-juta pekerja di seluruh dunia yang duduk lama di tempat kerja dan menyambung semula perbuatan itu ketika menonton televisyen di rumah, terdedah kepada risiko penyakit jantung, diabetes atau kencing manis Jenis 2 dan obesiti atau terlalu gemuk.
"Kebimbangan utama masa depan adalah wujudnya semakin banyak ancaman kesihatan akibat duduk terlalu lama.
"Malah, hasil beberapa kajian menyamakan kesan buruk duduk itu dengan natijah merokok," katanya dalam rencana disiarkan edisi terbaru jurnal perubatan Diabetes.
Hasil kajian kedua di Institut Diabetes Antarabangsa di Melbourne, Australia pula mengaitkan senaman selama dua jam sehari tidak mungkin dapat menampung kesan buruk akibat duduk selama 22 jam.
Profesor David Dunstan memberitahu majalah Australian Doctor: "Mereka yang sering bangun ke meja rakan dan tidak duduk sepanjang masa, mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap kencing manis." - Agensi
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan