Sabtu, 17 November 2007

Bandar Raya Kuala Terengganu :: 1 Januari 2008

KUALA LUMPUR, 16 Nov, - Kuala Terengganu akan dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya berkuatkuasa 1 Jan tahun depan, demikian diumumkan di sini hari ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu kenyataan hari ini berkata majlis pengisytiharan itu akan dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan pihak berkuasa tempatan ke-12 yang bertaraf bandar raya selepas Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh, Shah Alam, Melaka, Alor Star, Petaling Jaya, Kota Kinabalu, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Miri. - Bernama



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan