Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata ini kerana sebanyak 70 hingga 90 peratus mineral dan bahan larut dalam air telah dikeluarkan semasa melalui proses RO.
Walaupun kandungan mineral RO berkurangan tetapi air tersebut perlu memenuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan, katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan Teng yang mempertikaikan kehadiran air suling yang langsung tidak mempunyai kandungan mineral di pasaran, Abdul Latif berkata mereka yang secara berterusan minum air suling tanpa minum air lain akan mengalami kekurangan mineral dalam tubuh.
Katanya ini kerana semua bahan pepejal, bahan larut dan bahan mineral telah dikeluarkan semasa proses penghasilan air suling.
Kepada soalan Baharum Mohamad (BN-Sekijang), beliau berkata pengguna tidak perlu terpengaruh dengan gimik produk air yang mendakwa mengandungi lebih oksigen.
Katanya ini kerana pengguna sudahpun mendapat bekalan oksigen mencukupi di dalam udara yang mengandungi 21 peratus bahan itu. - Bernama
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan