Ia menyebabkan rawatan awal dan terbaru masalah mental tidak dapat diberikan kepada pesakit sebaliknya mereka kerap dirujuk kepada bomoh dan dukun, kata Presiden Persatuan Pskiatri Malaysia, Prof Dr Hussain Habil.
Beliau berkata, satu daripada 10 orang di Malaysia mengalami masalah mental, manakala secara umum di seluruh dunia 420 juta orang mempunyai masalah mental dengan 120 juta menghadapi kemurungan manakala 24 juta lagi berhadapan dengan skizofrenia.
Bagaimanapun, masalah mental di Malaysia tidak dilihat sebagai penyakit sebaliknya dikaitkan dengan gangguan saka dan hantu. Keadaan ini menyebabkan pesakit mental selalu dirujuk kepada bomoh atau dukun hingga menelan belanja beribu-ribu ringgit sedangkan rawatan sebetulnya boleh diperoleh di hospital dengan harga yang jauh lebih murah.
“Penerimaan masyarakat terhadap pesakit mental tidak bagus dan mereka sentiasa menafikan kewujudan pesakit ini. Kerana itu keluarga akan cuba mendapatkan rawatan bomoh atau dukun hingga keadaan pesakit menjadi sangat teruk sebelum datang bertemu pakar psikiatri,”
Prof Hussain berkata, ada kalanya pesakit hanya mengalami masalah kecil seperti ‘anxiety disorder’ (otak tidak boleh mengawal sistem tubuh dengan seimbang menjadikan dada selalu berdebar-debar).
Bagaimanapun katanya, doktor perubatan biasa kerap memberi diagnosis tidak tepat dan mengatakan pesakit sihat selain tidak ada masalah kesihatan. Keadaan ini menyebabkan pesakit cuba mendapatkan rawatan alternatif seperti dukun dan bomoh.
Warga Malaysia juga katanya sering keliru dengan istilah masalah mental hingga beranggapan golongan pesalah laku seksual juga sebagai pesakit mental.
“Pesalah seksual bukan pesakit mental. Mereka berhadapan dengan masalah personaliti antisosial dan tidak boleh dikaitkan sebagai pesakit mental,” katanya. - Berita Mingguan
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan