Sabtu, 23 Jun 2007

Universiti Geneva temui kaedah baru rawat jantung budak

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak yang mengalami kecacatan jantung, khususnya mereka yang dilahirkan tanpa penyambung antara arteri pulmonari dan ventrikal yang dikenali sebagai "Penyakit Injap Mitra Kongenital", kini tidak lagi perlu menjalani pelbagai pembedahan bagi merawat penyakit itu.

Sebaliknya, satu kaedah yang dikenali sebagai Gelung Kalangos digunakan bagi membetulkan injap jantung yang cacat itu bagi memelihara potensi perkembangan jantung kanakkanak terbabit dengan merangsang pembentukan tisu serat," kata Profesor Pembedahan Kardiologi University of Geneva Dr Afksendiyos Kalangos pada simposium mengenai rawatan jantung kanak-kanak di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

"Prosedur pembaikan bagi merawat injap jantung bagi orang dewasa membabitkan penanaman gelung annuuloplasti tradisional. Tetapi, bagi kanak-kanak, strategi pembaikan memerlukan pembedahan secara berkala kerana tumbuserannya akan menjadikan gelung berkenaan tidak lagi sepadan dengannya.

"Gelung Kalangos memanfaatkan kemampuan tubuh dalam membina tisu parut. Dipasang pada pangkal injap mitra, alat ini tidak ubah seperti gelung serat semulajadi yang terdapat pada injap berkenaan dan berfungsi secara normal," kata Kalangos yang mencipta gelung itu.

Gelung Kalangos dihasilkan dalam saiz padaetrik bawah 26. Ia juga mampu mengurangkan risiko jangkitan kerana tidak melibatkan penggunaan bahan tiruan serta menjimatkan separuh daripada masa pembedahan yang menggunakan kaedah biasa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pakar Klinik Pembedahan Kardiotorakik IJN Dr Sivakumar Sivalingam berkata IJN merupakan institut jantung pertama di Asia Pasifik yang menggunakan teknologi itu sejak ia dilancarkan pada 2005.

"Pakar bedah kardiologi dari Asia Pasifik menghadiri simposium ini untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang teknologi berkenaan. Di IJN, lebih 30 kanakkanak telah menerima rawatan pemasangan Gelung Kalangos dan rawatan ini terbukti berjaya", katanya. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan