Rabu, 25 April 2007

NASA rakam imej 3D matahari

WASHINGTON 24 April – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) semalam menyiarkan imej-imej pertama matahari dalam tiga dimensi.

Imej tersebut dihasilkan dengan data yang dihantar oleh dua satelit peninjau matahari, STEREO yang dilancarkan dalam misi untuk memahami dan meramalkan ribut solar.

Misi dua tahun Solar Terrestrial Relations Observatory (STEREO) itu adalah yang pertama meninjau matahari dari dua sudut berasingan di luar orbit bumi.

Dua satelit yang hampir serupa itu bertindak sebagai sepasang mata manusia dengan masing-masing memungut data yang diselaraskan dengan maklumat dari stesen peninjau di darat dan dalam orbit bumi.

“Kedua-dua satelit berada dalam orbit mengelilingi matahari, pada dasarnya dalam orbit bumi dan kedua-dua bergerak berjauhan kira-kira 45 darjah setahun dan kini mula berada dalam kedudukan untuk membuat ukuran stereografi,” kata seorang pegawai NASA, Kaiser.

“Tujuan utama STEREO adalah untuk mengkaji ribut solar.

“Matahari mencetuskan ribut solar sejak berbilion-bilion tahun silam tetapi baru sekarang orang benar-benar ambil peduli.

“Ribut elektromagnet daripada matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik kita di darat selain membahayakan angkasawan,” kata Kaiser. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan