Menurut kenyataan Institut Kesihatan Nasional (NIH) semalam, dalam kajian di Kenya dan Uganda baru-baru ini mendapati terdapat tanda-tanda bahawa berkhatan berkesan bagi melindungi jangkitan HIV.
Kata NIH, perkara berkaitan berkhatan dan pencegahan HIV telah lama diketahui iaitu sejak lewat 1980-an lagi.
Ujian klinikal pertama dan terbesar membabitkan 3,000 lelaki di Selatan Afrika pada tahun lalu mendapati berkhatan dapat mengurangkan 60 peratus risiko dijangkiti HIV.
Pengarah Bahagian Alahan dan Jangkitan Penyakit NIH, Dr. Anthony Fauci berkata, berkhatan dapat menurunkan risiko dijangkiti HIV dan mengurangkan kadar penyebaran AIDS dalam komuniti, tetapi ia bukan perlindungan sepenuhnya dan penggunaan kondom hendaklah diteruskan.
Bagaimanapun katanya, berkhatan tidak dapat memberi perlindungan daripada jangkitan virus HIV yang berlaku melalui hubungan liwat atau suntikan jarum yang digunakan penagih dadah. –AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan