Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid, berkata perkara itu menimbulkan kesulitan kepada bomba dan MBHA untuk memantau serta meningkatkan tahap pencegahan kebakaran di premis terbabit, terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007.
Katanya, bomba sentiasa berusaha mengurangkan berlakunya kebakaran di premis hotel bajet kerana ia membabitkan orang ramai dan imej Malaysia.
“Walaupun negara kita tidak pernah menghadapi kebakaran besar seperti negara lain, kita sentiasa memastikan setiap pengusaha hotel bajet didedahkan dengan perkara yang membabitkan kejadian kebakaran seperti punca, cara mengawal dan menghalang kebakaran daripada merebak,” ketika merasmikan Seminar Keselamatan Hotel Bajet Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Mohammad Hamdan berkata, dalam menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988, pihaknya akan menggunakan budi bicara serta memberi masa yang mencukupi supaya pengusaha hotel bajet mematuhi peraturan mencegah kebakaran.
Sumber dr Berita Harian online - 06/12/2006
tt :
- dedahkan nama hotel itu...
- jangan takut pada kebenaran
- jalankan tanggungjawab menguatkuasa sebelum kemalangan berlaku
- jangan menggunakan alasan budi bicara
- kemalangan tidak ada budi bicara
- mengapa hak pengguna digadaikan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan