LONDON: Ahli sains Britain menghasilkan pil baru untuk lelaki yang dianggap satu revolusi kerana mendakwa ubat itu boleh digunakan sejurus sebelum hubungan intim bagi menghalang pengeluaran sperma.
Pil itu dikatakan akan menyekat kemampuan seorang lelaki untuk menghamilkan wanita tetapi beberapa jam selepas itu, kesuburannya akan kembali ke tahap normal.
Kaedah ini dianggap lebih digemari golongan lelaki berbanding pil lelaki lain yang sedang dibangunkan kerana pil terbabit mengubah paras hormon serta ubat itu perlu dimakan untuk jangka masa panjang.
Pil baru ini juga mungkin lebih dipercayai oleh golongan wanita kerana mereka tidak lagi perlu mengingatkan pasangan mereka supaya memakan ubat setiap hari bagi memastikan keberkesanan ubat yang dimakan itu, lapor akhbar Britain, Daily Mail.
Pil lelaki yang bebas hormon ini diilhamkan oleh dua ubat yang sudah berada di pasaran dan ahli sains terbabit berharap pil baru ini dapat dipasarkan secepat-cepatnya lima tahun lagi. – Agensi
Pakar percaya ia mungkin dapat mengubah pelan perancang keluarga dengan membolehkan pasangan berkongsi tanggungjawab untuk mengambil pil pencegah hamil, fungsi yang sebelum ini hanya dilakukan oleh wanita.
Penyelidik, Dr Nnaemeka Amobi di King’s Collage, London berkata, pil ini mengandungi bahan kimia yang mencegah ejakulasi dan tidak mengandungi hormon. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan