Pewarna Rambut Tetap Haram
Untuk pengetahuan semua, sahabat saya telah menelefon JAKIM dan bercakap dengan Ustaz Shahrulnizam, Bhg Halal & Haram utk mengesahkan tentang pewarna rambut samada sah atau tidak utk dibawa sembahyang. Beliau telah mengesahkan yang pewarna rambut yg berada di pasaran sekarang TIDAK SAH utk dibawa sembahyang kerana bahan kimia yg tedapat didalamnya menghalang air dari meresap ke rambut.
Oleh itu jika anda mewarnakan rambut maka WUDHUK & MANDI WAJIB TIDAK SAH. Tanda 'Halal' yg terdapat pada kotak pewarna rambut, bermaksud tiada bahan haram ( yg berkaitan dengan babi, etc)
Bahan yang boleh digunakan utk mewarnakan rambut ialah inai, meresapi air dan mestilah mengandungi bahan yang halal. Diharap sahabat sekelian dapat menyampaikan maklumat ini kepada rakan² yg lain. Untuk pengesahan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi JAKIM @ 03-88864000 Bhg Halal & Haram.
Mudah-mudahan anda semua mendapat kebaikan dari maklumat ini kerana ia melibatkan ibadah harian kita iaitu sembahyang fardhu limawaktu yg juga merupakan salah satu Rukun Islam.
Nota: Tolong sebarkan krn fenomena mewarna rambut melanda org² Melayu dgn hebatnya. Kekadang masuk pejabat kita rasa macam kat London atau Paris. Semuanya rambut perang belaka takde yang rambut hitam lagi dah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan