Selasa, 14 November 2006

Perbezaan not tulen dan palsu

From:ppimalaysia@yahoogroups.com
Date: Sun, 24 Sep 2006 02:14:07 -0000
Subject: PPIMalaysia : Perbezaan not tulen dan palsu
SUKAR dibezakan dengan mata kasar daripada segi warna dan saiznya kecuali diletakkan di bawah alat pengimbas cahaya ultra ungu.

Bagi yang tidak mempunyai alat ultra-ungu, pastikan tidak sewenang-wenangnya menerima wang kertas terutama RM10, RM50 dan RM100. Bagaimanapun, wang kertas RM5 agak sukar dipalsukan kerana ciri keselamatan yang agak tingi.

Periksa dengan teliti setiap wang kertas diterima kerana pasti mempunyai perbezaan terutama daripada segi kualiti dan ciri keselamatan seperti:
  • Tidak mempunyai garis holografik yang menampakkan perkataan `RM50' atau `RM100'.
  • Tidak mempunyai huruf `BNM' di bahagian kanan wang kertas seperti yang dimiliki wang kertas RM50 dan RM100 tulen.
  • Tidak mempunyai ciri keselamatan gambar Yang di-Pertuan Agong pertama yang tidak dapat dilihat melalui mata kasar kecuali diletakkan di bawah cahaya.
  • Warna wang kertas palsu juga mudah luntur kerana menggunakan bahan pewarna yang murah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan