Selasa, 14 November 2006

Kenali Saiz Usus Babi & Usus Biri-Biri

Logo Halal tidak semestinya menjamin barangan tersebut diperbuat daripada sumber yang halal. Pelbagai bentuk penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab. Sebagai pengguna Islam kita haruslah sentiasa mempelajari ilmu pemakanan, halal dan haram dalam Islam kerana setiap kita akan dipertanggungjawabkan kelak.

Bagaimana kita hendak mengenali sosej itu menggunakan usus biri-biri, khinzir atau lembu. Berikut adalah sebagai panduan sahaja daripada maklumat yang diperolehi dari internet :

  • Sosej dari usus biri-biri – Saiz garispusat (diameter), sosej kurang daripada 20 mm
  • Sosej dari usus khinzir - Saiz garispusat (diameter), sosej antara 20 mm ke 36 mm
  • Sosej dari usus lembu - Saiz garispusat (diameter), sosej lebih daripada 36 mm

Maha Suci Allah yang menjadikan saiz usus haiwan berbeza-beza seperti mana kejadian kulit khinzir yang bertompok tiga.

( Kenalah bawa pembaris atau vernier caliper kalau nak pergi pasaraya atau restoran makanan segera )

Ade sape-sape boleh sahkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan