Selasa, 14 November 2006

Gempar coklat ada bakteria

LONDON: Sebuah syarikat pengeluar coklat terkemuka dunia, Cadbury terpaksa menarik balik jualan sejuta produk coklatnya di pasaran Britain yang disyaki mengandungi bakteria jenis salmonella.

Media tempatan melaporkan, berikutan itu syarikat berkenaan kini disiasat pihak berkuasa kerana tindakannya merahsiakan kejadian pencemaran bakteria itu selama enam bulan sebelum bertindak menarik balik jualan produk kegemaran ramai.

Pihak Berkuasa Standard Makanan Britain sudah meminta penjelasan daripada Cadbury Schweppes yang menjual produk coklat bernilai £1 bilion setahun (RM6.8 bilion) di Britain kerana kegagalannya bertindak segera menangani masalah itu.

Syarikat itu menafikan kelmarin yang pihaknya sengaja mahu merahsiakan kejadian itu dan sebaliknya menganggap siasatan itu sebagai satu tindakan awal kerana kemungkinan ada coklat terbabit mengandungi kuman.

Satu siasatan berasingan turut dilancarkan bagi kemungkinan kaitan produk coklat yang tercemar dengan kes keracunan makanan bayi dan kanak-kanak di Britain sejak Mac lalu.

Pihak berkuasa Kesihatan Britain bimbangkan kes jangkitan salmonella yang jarang berlaku, di England dan Wales jenis sama ditemui di kilang Cadbury. - Agensi

kat malaysia macammana nie, tindakan agensi berkaitan terlampau lambat.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan