Khamis, 16 November 2006

C F M

Kepada semua, seandainya anda merasa diri telah ditipu atau komplen anda telah diperlekehkan oleh syarikat telekomunikasi dan multimedia (termasuk telefon bimbit, pembekal perkhidmatan internet, dan juga syarikat penyiaran seperti Astro, TV3 dan seterusnya), lapurkan kepada Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia, CfM (www.cfm.org.my).

CfM merupakan sebuah organisasi yang bekerja rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM (www.mcmc.org.my) dan ianya telah mendaftarkan bebera kod yang harus diakuri oleh semua syarikat yang memegang lesen dengan SKMM.

Cara terbaik membuat komplen adalah:
  1. Lapurkan dahulu kepada syarikat terbabit tersebut dahulu.
  2. Seandainya komplen itu diperlekehkan atau anda tidak puashati dengan jawapan mereka, maka lapurkan pula kepada CfM melalui lamanweb mereka atau menulis kepada complaint@cfm.org.my (harap semak dahulu alamat email itu).
  3. Jika keduanya gagal, hubungi SKMM melalui laman web mereka.
********************************

Masaalah Penipuan Telefon Bimbit

Mengenai isu 'penipuan' dan sekiranya syarikat komunikasi dan multimedia (telefon, internet dan penyiaran) tidak melayan aduan, pengguna boleh merujuk Kod Amalan Am Pengguna (GCC) yang telah dirumuskan oleh CfM (www.cfm.org.my). Kod ini berpaut kepada Akta Komunikasi dan Multimeida 1998 dan CfM boleh mengambil tindakan terhad terhadap mana mana syarikat komunikasi dan multimedia yang melanggar kod GCC ini.


Di dalam perkara di bawah, syarikat mesti menjawab kepada aduan yang diterima dalam masa 3 hari kerja. Jawapan kepada aduan ini boleh dilakukan samada cara bertulis atau lisan, dan syarikat tersebut mesti menyelsaikan masalah dalam jangkamasa 7 hari bekerja. Sandainya tempoh yang lebih panjang diperlukan, untuk menyiasat atau kerana masalah yang terlalu teknikal, maka syarikat tersebut mesti memberitahu pelanggan yang menghadapi masalah tersebut.

Seandainya syarikat tersebut gagal atau tidak mahu melayan aduan, pengguna boleh melapurkan perkara itu kepada CfM samada melalui aduan 'online' mereka di www.cfm.org.my atau dengan panggilan ke 03-7805 1800. Sekiranya CfM gagal menangani masalah tersebut atau ianya diluar bidangkuasa mereka, maka pengguna boleh merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.mcmc.gov.my) atau di talian 03-8688 8000 dan minta sambungan ke Consumer Protection Unit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan